Hari Pertama, 21 April 2010 (Rabu)
7.30 Pagi : Rombongan kami berjumlah 56 orang berkumpul di Lapangan Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kelantan. Rombongan kami diketuai oleh YB Nawi bin Mohammad, ADUN Kawasan Hulu Besut, Pengerusi Majlis Belia Daerah Besut, Terengganu. Antara personaliti utama yang bersama dalam rombongan ini ialah bekas Pegawai Daerah Besut (kini Pegawai Daerah Hulu Terengganu), Yang Dipertua, Majlis Daerah Besut, Pegawai Pelajaran Daerah, Besut, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah, Besut dan Pengetua, SMK Tengku Mahmud, Besut.
|
Dari kiri ke kanan : Tuan Yusof, Cg. Razak Abd Rahman, Cg. Zainuddin Salleh dan Cg. Mohd Zaiki Ismail |